@borneovoice2025: KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan amaun pemberian khas kepada Sabah dalam Bajet 2027, kata Datuk Mustapha Sakmud. Beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), berkata perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada kedudukan ekonomi negara, selain mengambil kira proses rundingan tuntutan 40 peratus hasil Persekutuan yang masih berjalan. Menurutnya, cadangan menambah pemberian khas itu boleh menjadi langkah sementara sementara rundingan berkaitan tuntutan hasil Sabah dimuktamadkan. “Jika keadaan ekonomi mengizinkan, tidak ada masalah untuk menambah pemberian khas kepada Sabah,” katanya. Mustapha berkata, isu tuntutan 40 peratus itu telah dibangkitkan oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dalam sidang DUN baru-baru ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ADUN yang membahaskan perkara tersebut dan menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan mendengar serta meneliti pandangan berkenaan. Menurutnya, isu itu juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu dan keputusan mengenainya akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat. Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan situasi keselamatan di Timur Tengah yang tidak menentu. #fyp #sabahancrew_fams #sabahtiktok

BorneoVoice
BorneoVoice
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 03 May 2026 06:01:32 GMT
2179
14
3
2

Music

Download

Comments

ahmadesa47
Ahmadesa :
dah berapa lama dah...asyik asyik rundingan hingga pilihan raya kah
2026-05-03 13:27:27
0
maznishahpuan
maznishahpuan :
gula²
2026-05-03 09:12:02
0
seph5271
Seph5271 :
politik duit lagi !
2026-05-03 09:32:32
0
To see more videos from user @borneovoice2025, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About