@khairulanuarbasri: Ini doa yang wajib dibaca oleh setiap jemaah Haji sebaik saja bergerak ke Movenpick, bertolak ke KLIA dan sejurus sebelum menaiki pesawat. Doa ini dibaca oleh Rasulullah ketika menaiki unta di Madinah sebelum bertolak ke Mekah untuk mengerjakan Haji buat kali pertama. اللَّهمَّ حَجَّةٌ لا رياءَ فيها ولا سُمعةَ Allahumma hajjatun la riya'a fiha wala sum'ata. “Ya Allah, jadikanlah haji ini tiada perasaan menunjuk-nunjuk dan mahukan perhatian." Saya fikir, cabaran Haji sekarang bukanlah lagi berbentuk fizikal (keletihan) dan mental (kesabaran) sahaja tetapi juga dalam bentuk penjagaan hati. Almaklum sajalah… ini kan zaman handphone di tangan, live, like, share, follow, monetize, narcissistic personality disorder (NPD), instant gratification, lapar ssohor, takdan-takdan, semua benda nak cerita kat orang, show off, bla… bla… bla… memang mencabar sungguh. Peluang mengerjakan Haji mungkin datang sekali sahaja seumur hidup. Selain daripada memastikan keabsahan rukun dan wajib Haji, jagalah juga diri daripada melakukan hal-hal yang boleh menggugat kemabruran ibadah paling agung ini. Baca doa yang saya tulis di atas. Selami maknanya. Hayati maksudnya. Muhasabah dengan ikhlas dan renung sedalam-dalamnya dengan mata hati. Ya Allah… kami mohon keampunan-Mu. -Gambar sekadar hiasan. Saya suka gambar ini -#KAB #haji2026 #mekah #madinah #fypp
KAB
Region: MY
Sunday 03 May 2026 10:14:11 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @khairulanuarbasri, please go to the Tikwm
homepage.