@khairulanuarbasri: Sedikit demi sedikit, para jemaah Haji dari seluruh dunia mulai berangkat menuju ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah yang teragung dalam kehidupan iaitu fardhu Haji. Sungguh… jika tujuan Haji ialah melengkapkan rukun Islam yang kelima, maka ia boleh selesai dalam masa kurang seminggu. Namun, ada matlamat lain yang lebih besar iaitu mencari Haji mabrur. Tiada balasan yang paling layak untuk Haji mabrur melainkan syurga. Kita takkan tahu Haji kita mabrur atau sebaliknya sehinggalah kita meninggal dunia. Apa yang kita boleh buat ialah mengekalkan sifat-sifat Haji mabrur semasa mengerjakan Haji dan selepas balik dari mengerjakan Haji. Para jemaah yang terpilih pada tahun ini mesti memerhatikan beberapa perkara asas yang penting. Saya muatkan info dalam gambar rajah seperti dalam di atas supaya mudah untuk dihadam insya-Allah. Ya Allah… kami mohon keampunan-Mu. #KAB #haji2026 #mekah #madinah #fypage