@ohmymedia.cc: Detik malam keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia (PRU14) pada 2018 bukan sahaja menyaksikan kejatuhan Barisan Nasional (BN), malah turut dipenuhi tekanan dalaman yang mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar segera mengumumkan peletakan jawatan. Perkongsian tersebut didedahkan oleh bekas setiausaha akhbar kepada Najib, iaitu Datuk Akmar Hisham Mokhles yang menyentuh beberapa aspek penting termasuk tekanan politik, jangkaan keputusan pilihan raya serta sisi peribadi bekas Presiden UMNO itu yang jarang diketahui umum. Tekanan letak jawatan! Akmar mendedahkan bahawa malam keputusan PRU14 menyaksikan tekanan hebat daripada beberapa pemimpin yang mendesak Najib agar segera meletakkan jawatan, walaupun keputusan rasmi belum diumumkan. Menurutnya, beliau sendiri berada di kediaman Najib ketika itu dan menyaksikan situasi berkenaan. #ohmymedia #ommpodcast #najibrazak