@egg.networkmy: Netflix umumkan One Piece Remake? Fans tak perlu nak habiskan banyak masa lagi! Peminat anime, bersedia untuk kembali belayar! Siri ikonik One Piece bakal menerima nafas baru melalui remake terbaru yang dihasilkan oleh WIT Studio, dan dijadualkan untuk ditayangkan secara global di Netflix pada Februari 2027. Remake ini bukan menggantikan versi lama, tetapi bertindak sebagai alternatif moden. Dengan remake ini, ianya akan memudahkan penonton baru untuk explore series One Piece dengan mengurangkan komitmen masa berbanding series asal yang panjang. Musim pertama akan mengandungi sebanyak 7 episod dengan jumlah durasi sekitar 300 minit dan memfokuskan kepada East Blue Arc dengan memperkenalkan perjalanan Monkey D. Luffy dan detik-detik awal Straw Hat Crew. Source: @NetflixAnime #eGGNetwork #everygoodgame #Anime #AnimeNews #OnePiece #OnePieceNews #OnePieceAnime #OnePieceRemake