@azlansharif42: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Di mana pusara penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini? Dipercayai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak. Mata Mata Polis 29987 Allahyarham Abu Bakar Bin Ngah Wahab,34 tahun terkorban kerana serang hendap komunis di sempadan Malaysia-thailand Pada 16 Ogos 1968. Allahyarham merupakan polis hutan yang bertugas di Tanjong Rambutan Perak. Berasal daripada Kampung Lembah, Padang Rengas, perak . Allahyarham berkhidmat selama 16 tahun dalam pasukan polis . Meninggalkan seorang isteri (Fatimah Binti Kulup Wah,26 tahun) dan 3 orang anak iaitu Rohaini, 5 tahun , Afandi, 3 tahun dan Rodiah, 9 bulan. Pada 1969, Allahyarham Abu Bakar menerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa daripada SPB YDPA. Pada 1968 nasib Balu dan nasib anak yatim arwah mendapat liputan media. Boleh rujuk keratan akhbar 1. Buruan besar2an dekat Betong Berita Harian, 17 August 1968, Page 1 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19680817-1.2.8 2. Joint patrol ambushed by border gang: Policeman killed The Straits Times, 17 August 1968, Page 1 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19680817-1.2.6 3. KHEMAH KOMUNIS DI-DEKATI Berita Harian, 18 August 1968, Page 1 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19680818-1.2.6 4. POLICE CLOSE IN ON REDS The Straits Times, 18 August 1968, Page 1 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/straitstimes19680818-1.2.6 5. Fatimah, janda polis mohon rumah murah dan tanah dari Tun Berita Harian, 18 August 1968, Page 2 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19680818-1.2.26 6. Anak anggota polis yang terkorban di-sempadan akan di-bantu Berita Harian, 27 August 1968, Page 7 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19680827-1.2.73 7. Janda2 Polis hadapi masa'alah tempat tinggal dan pelajaran anak2 Berita Harian, 3 September 1968, Page 6 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19680903-1.2.65 8. 350 orang di-anugerah Bintang2 Kebesaran Berita Harian, 31 August 1969, Page 3 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19690831-1.2.23 9. Anugerah tinggi untok pahlawan Betong Berita Harian, 1 September 1969, Page 5 https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19690901-1.2.45 MOHD AZLAN MOHD SHARIF merupakan aktivis masyarakat dan pengkaji sejarah 7 Mei 2026

azlan sharif
azlan sharif
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 07 May 2026 07:41:59 GMT
90174
1536
129
166

Music

Download

Comments

mt_riduan
Mt_Riduan :
kampung saya tu
2026-05-08 02:28:53
10
enaz0830
Enaz :
tempat lahir saya TU pdg rengas....lama dah tak pegi sana..kuar pdg rengas tahun 87..tadika masa TU..😊😊😊
2026-07-05 06:01:48
1
zolkifflee
Zolkifflee :
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesalahan Allahyarham dan ditempatkan roh Allahyarham bersama2 orang2 beriman, Aamiin!!!
2026-06-10 23:34:48
0
ahmadarsad77
ahmadarsad :
2026-05-15 02:21:57
2
sir_fazli
sirfazli :
Salam hormat tuan ! Alfatihah dibaca
2026-05-10 06:19:53
4
mahadzir13bmc
Yop kelapa muda 13 :
nie kmpg saya nie..sya org kmpg lmbah
2026-05-07 22:49:07
4
faridchekamaludin
_ _mike .. _.foxtrot :
اللَهُمَاغْفِرْلَهُوَارْحَمْهُوَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ
2026-05-07 08:24:54
3
nrshikinimrn
shikin imran :
اللَهُمَاغْفِرْلَهُوَارْحَمْهُوَعَافِهِ وَاعْفُعَنْهُ
2026-05-08 03:01:32
1
suhairezuraika
Shenglong49 TAG PAMP Langkawi :
Kuburnya ade di kpg stor padang Rengas.. Sy cucunya..
2026-05-08 08:10:44
19
haspah.mastura
haspah mastura :
Al fatihah dibaca.dekat dng rumah saya kakak sedara merangkap jiran
2026-05-09 09:20:50
5
sazri004
azrie :
belinang air mata, salam takziah buat keluarga serta Al-fatihah buat arwah pejuang yg sanggup mempertahankan negara semoga rohnya di tempatkan bersama2 org yg beriman. Amin
2026-05-11 05:56:38
7
kamaruazli
yuslie :
saya duduk di pdg Rengas tuan..tapi tak pernah dengar nama kpg lembah...nanti saya risik ngan sahabat handai..
2026-05-07 08:20:59
7
kaklong7200
KakLong75 :
baca cerita dan sambil dgr lagu ni sedih rasanya mengenang pengorbanan mereka yg bermati-matian utk negera
2026-05-07 08:01:36
16
hjrazisrosdi
Haji Muhd Razis Al Idris :
kampung lembah ni kt kmpg stor kn
2026-05-28 01:28:34
2
zakri_196
ZAKRI_196 :
Innalillahiwainnalillahirajiun Alfatihah
2026-05-27 17:06:02
1
user6081756306740
jasbai :
Alfatiha Ameen 3x🙏🤲💐🇸🇬🇸🇬🇸🇬
2026-05-14 22:43:03
1
user59627122827113
- :
assalamualaikum bapak saya pun turut terkorban pada tahun 1968 arwah ini kawan baik dengan arwah bapak saya..masa di ulu kinta ipoh...dengan ucapan Al-Fatihah buat semua yang terkorban
2026-05-15 11:11:01
1
mohdshukrihussain
mohdshukrihussain :
AL Fatihah buat aruah
2026-05-15 00:18:04
1
pauziyahgie
Gie2504 :
Al Fatihah dibaca 💚 Shbt Arwah Abah saya
2026-05-08 22:06:59
2
hboabarieba3
Hbo Abarieba :
Jasa mu di kenang.....ni orang kampung saya....pusara nya di kampung Stor Padang Rengas al Fatihah di baca semoga rohnya di cucuri rahmat
2026-05-08 00:39:50
3
asj7751
ASJ7 :
al fatihah buat arwah
2026-05-13 11:59:42
1
mohdzudkhi86
mohdzudkhi86 :
AlFatihah buat arwah Aminn
2026-05-09 14:04:09
2
wrzainaberdeen
WR Zain Abidin :
Ayah saya ada bersama dgn Arwah sewaktu komunis ambush di Betong... Alhamdulillah Syukur masih sehat hingga kini
2026-05-08 12:05:56
3
azila672
Azila :
semoga dapat temui apa yg di cari .dekat2 kpg saya tu.....banyok jasa ,pengorbanan diri..semoga roh arwah di tempatkan org2 yg beriman .. Aamiin..Al Fatihah ..
2026-05-08 07:19:13
1
suzanahsaidi
suzanah_saidi :
sedih..ayah kak selalu sgt bercrta pasal sejarah kominis
2026-05-08 12:15:17
1
To see more videos from user @azlansharif42, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About