@ku_headlamp: Kau Tak Benar-Benar Pergi... Apa yang paling menyakitkan aku bukan saat kau pergi. Tetapi saat kau masih di sini. Masih memanggil nama aku. Masih duduk di sisi aku. Namun hati kau sudah tak lagi pulang kepada aku... Aku melihat kau berubah perlahan-lahan…Bukan dalam sehari tetapi sedikit demi sedikit hingga aku sendiri tak sedar bila senyuman kau mula kehilangan makna untuk aku... Dulu mata kau mencari aku dalam ramai manusia. Sekarg aku berdiri tepat di depan kau pun. Kau seolah olah tak nampak kewujudan aku lagi... Kau tak pernah mengucapkan selamat tinggal. Tetapi setiap sikap kau adalah cara paling perlahan untuk meninggalkan aku... Dan percayalah…kehilangan paling kejam bukan kehilangan selepas perpisahan. Tetapi kehilangan ketika kita masih saling memiliki nama. Masih saling menyentuh. Masih berpura-pura semuanya baik-baik saja. Sedangkan cinta itu sebenarnya sudah lama mati... Aku penat berpura-pura kuat. Sedangkan setiap malam aku sedang berkabung untuk seseorang yang masih hidup di depan mata aku sendiri... Kau masih ada…tetapi hanya tubuh mu. Sedangkan hati kau sudah menjadi tempat asing yang tak lagi mengenali aku... Aku cuba bertahan. Cuba percaya mungkin suatu hari nanti kau akan kembali mencintai aku seperti dulu. Tetapi semakin aku menunggu, semakin aku sedar… Aku sedang memeluk seseorang yang sudah melepaskan aku dari hatinya sejak lama dahulu... Dan akhirnya aku belajar sesuatu yang paling menyedih kan dalam hidup. Kadang-kadang kita tidak kehilangan seseorang kerana dia pergi. Kita kehilangan dia kerana dia berubah menjadi orang lain. Walaupun wajahnya masih orang yang sama... Aku belajar merindui seseorang yang belum pergi. Belajar menangis untuk cinta yang belum benar-benar berakhir. Dan aku baru faham…rupa-rupanya ada luka yang tidak berdarah. Tetapi mampu menghancurkan seluruh isi hati perlahan-lahan... #moonlover #quotestory #contentcreator #kautakpergi #foryoupage