ndaa :
hari ni, cukup sebulan aku tak chat dia dan aku belajar satu takdir yang paling perit dalam hidup. Sakit dia tak tahu nak cakap macam mana bila mengenangkan segala usaha, kesetiaan, dan pengorbanan yang aku beri selama bertahun-tahun, dicampak macam tak ada nilai. Manusia yang paling aku percaya, boleh melangkah pergi dengan begitu mudah seolah-olah semua kenangan dan janji sebelum ni tak pernah wujud.
Aku terduduk menanggung rasa kecewa dan takut yang amat sangat. Pada saat aku diuji dengan kelemahan emosi dan fizikal, aku terpaksa hadapi kenyataan yang aku dah salah menilai seseorang. Rasa kasihan dan marah bercampur-aduk dalam dada, membuatkan aku mempersoalkan kenapa ujian seberat ini yang terpaksa aku lalui.
Tapi hari ni, aku tersedar sesuatu. Aku tak salah kerana mencintai dengan jujur, tapi dia yang kerugian kerana melepaskan sebuah keikhlasan demi mengejar keseronokan yang sementara. Biarlah dia bahagia dengan dunia barunya, dan biarlah dia lupakan segala tangisan serta keluhan aku. Tuhan itu adil, dan setiap air mata yang tumpah pasti ada hitungannya
Aku takkan mengemis atau merendahkan diri aku lagi. Rasa sakit dan dendam ini akan aku tukar menjadi semangat untuk aku ubah hidup aku jadi jauh lebih baik, berjaya, dan tenang. Buku lama aku tutup rapat.
2026-07-06 10:07:33