@iiiskandar_6: Keberanian seorang murid berusia lapan tahun yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri dari Pulau Banggi, Sabah menyerahkan surat kepada PM Anwar Ibrahim telah menyentuh hati ramai pihak. Surat yang dari adik Nanang itu dibaca oleh PMX selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi baru-baru ini. Selepas membaca surat itu, PM Anwar menitipkan pesanan bermakna agar kanak-kanak tersebut terus tekun belajar, rajin membaca, serta sentiasa menghargai jasa kedua ibu bapa demi masa depan yang cerah. Momen indah itu diiringi ucapan selamat hari jadi sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap impian generasi muda di kawasan pedalaman. Kesantunan ini membuktikan komitmen pemimpin negara dalam menyokong aspirasi setiap anak watan tanpa mengira latar belakang. #AnwarIbrahim #Sabah #MADANIBekerja #fyp