@themalaysiapress: PASPORT MALAYSIA KINI DI TANGGA KE-6 DUNIA Satu pencapaian membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia apabila pasport negara kita kini berada di kedudukan ke-6 di dunia sekali gus melonjak naik daripada tangga ke-12 pada tahun sebelumnya. Pengiktirafan ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan kepercayaan dunia terhadap negara kita, kekuatan hubungan diplomatik Malaysia, serta peluang akses perjalanan yang lebih luas untuk rakyat. Pencapaian ini turut membuktikan Malaysia terus dihormati di peringkat antarabangsa serta hasil usaha berterusan dalam memperkukuh keselamatan dan perkhidmatan negara. #PasportMalaysia #MalaysiaMadani