@iiiskandar_6: Hubungan akrab Malaysia-Thailand bukan sekadar di atas kertas. Kini, kedua-dua buah negara sepakat mahu memperkukuhkan kerjasama pembangunan sempadan, keselamatan tenaga serta jaringan rel & logistik dengan sasaran perdagangan USD30 bilion menjelang 2027. Selain itu, kerajasama ini juga merupakan contoh terbaik bahawa diplomasi bermula dengan negara jiran. Kesepakatan ini adalah janji untuk masa depan yang lebih cerah di mana sempadan tidak lagi menjadi penghalang, sebaliknya menjadi pintu gerbang kepada kemakmuran bersama. #Malaysia #Thailand #ASEAN #fyp