@rashahasmiee: Kerajaan MADANI mengekalkan harga diesel RM2.15 seliter di Sabah dan Sarawak atas faktor keadilan sosial dan realiti geografi. Di Borneo, diesel merupakan nadi utama dengan penggunaan mencecah 65 peratus, jauh lebih tinggi berbanding petrol. Kebergantungan besar kenderaan 4x4 dan lori logistik untuk menghantar bekalan ke kawasan pedalaman yang mencabar menjadikan subsidi ini kritikal. Tanpa intervensi ini, kos logistik akan melonjak, seterusnya membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang keperluan. Langkah ini adalah bukti komitmen Kerajaan dalam mengawal inflasi dan memastikan kesejahteraan rakyat di wilayah Borneo sentiasa terpelihara. #Sabah #Sarawak #SubsidiDiesel #MADANIBekerja