@iiiskandar_6: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengakui titah dan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan khinzir di Selangor adalah sangat berasas susulan pelbagai “keterlanjuran” yang berlaku sehingga menjejaskan kesihatan awam. Beliau menegaskan bahawa operasi ladang babi tidak boleh dijalankan secara bebas tanpa kawalan ketat, khususnya apabila terletak berhampiran kawasan penempatan penduduk. Menurut beliau lagi, kerajaan berpandangan penternakan khinzir perlu ditempatkan jauh dari kawasan perumahan serta menggunakan teknologi moden bagi memastikan tiada pencemaran terhadap alam sekitar dan sumber air. Beliau juga turut menjelaskan bahawa bukan sahaja masyarakat Islam, malah penduduk bukan Islam juga tidak selesa tinggal berhampiran kawasan penternakan tersebut. Atas faktor itu, beliau menyatakan pendirian “noktah dulu” terhadap isu berkenaan sementara penelitian lanjut dilakukan. Sebelum ini, Sultan Selangor menegaskan baginda tidak memperkenankan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri itu kerana dikhuatiri membawa risiko pencemaran tanah, udara serta sumber air melalui pelepasan sisa dan kumbahan. Kerajaan Persekutuan kini dijangka meneliti perkara tersebut secara menyeluruh termasuk mendapatkan pandangan lanjut daripada pihak istana demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. #selangor #ladangkhinzir #sultanselangor #fyp
Melayu Ori
Region: MY
Tuesday 12 May 2026 08:29:11 GMT
Music
Download
Comments
bangchikbarshop :
sultan titah noktah terus,, non kata noktah sementara waktu,,
2026-05-12 15:06:35
1
algjef :
pusing dahhhh...
2026-05-12 09:49:57
3
user5186138819480 :
jgn kau spin arahan tuanku...stop...stop...
2026-05-12 13:12:59
1
subali :
berguling guling berpusing pusing itu biasa
2026-05-12 10:36:53
0
ariffinsaad61 :
pulak dah spin sampai kering jenama toshiba kot tu
2026-05-12 11:43:19
0
@kakak 1 2 jus :
tuanku kata tak boleh kan. tak boleh la. bokpe die TU.
2026-05-13 06:48:51
1
YASHEEV DEV :
😂😂😂
2026-05-12 08:56:44
0
To see more videos from user @iiiskandar_6, please go to the Tikwm
homepage.