@tik_tok_fml:

🇦🇿  𝐁𝐚𝐤𝐮  🇷🇺  🦋
🇦🇿 𝐁𝐚𝐤𝐮 🇷🇺 🦋
Open In TikTok:
Region: AZ
Wednesday 13 May 2026 16:53:49 GMT
13615
809
19
780

Music

Download

Comments

baku.baku130
Arif❤️Zəhra :
verir də
2026-05-14 09:59:53
1
tagiyev_1979
Ceyhun :
[Stiker]
2026-05-14 20:31:07
1
tofiq.agayev4
Q.YAQUAR.T :
offf
2026-05-13 21:16:57
1
user545614652363
Рагід Несуров :
🥰🥰🥰
2026-05-13 16:55:58
1
azissinirli
Azis :
😜😜😜
2026-05-15 02:45:36
1
agami.elizade
Ağa əmi elizada :
👍👍👍
2026-05-14 10:21:13
1
elvin.quliyev.205
Rehmedgin nevesi :
🥰🥰🥰
2026-05-14 11:03:21
1
_muhamab_10_10_
Мухамад :
🥰🥰🥰
2026-05-14 09:02:42
1
yasin.hesenov022
həsənov yasin0222 :
🥰🥰🥰
2026-05-13 16:59:25
1
rauf075764321
Rauf_043 :
👍👍👍👍👍
2026-05-13 17:23:10
1
yalcinabdullayev44
user6417016056045 :
👍
2026-05-13 17:15:10
1
To see more videos from user @tik_tok_fml, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Melihat mayat rakan sepasukan dan komunis bergelimpangan di depan mata sedikit pun tidak mematahkan semangat Mohd Karim Wagiman meneruskan operasi memburu komunis demi mempertahankan kedaulatan negara. Itulah antara pengalaman Mohd Karim, 71, yang juga bekas anggota Batalion Ketiga Regimen Renjer ketika berdepan ancaman komunis di Sarawak pada 1970 selepas tamat latihan rekrut sebagai tentera.
Melihat mayat rakan sepasukan dan komunis bergelimpangan di depan mata sedikit pun tidak mematahkan semangat Mohd Karim Wagiman meneruskan operasi memburu komunis demi mempertahankan kedaulatan negara. Itulah antara pengalaman Mohd Karim, 71, yang juga bekas anggota Batalion Ketiga Regimen Renjer ketika berdepan ancaman komunis di Sarawak pada 1970 selepas tamat latihan rekrut sebagai tentera. "Bayangkan, baru tamat rekrut pada 1970, saya masuk Unit Renjer di Taiping, Perak dan hanya beberapa bulan, saya sudah dikerahkan masuk hutan di sempadan. "Ketika itu beliau diarahkan untuk mengikuti operasi memburu dan menghapuskan kubu komunis. Baru sahaja masuk hutan, dah lihat tujuh askar kita mati kerana diserang komunis. Tetapi, ras tidak takut, beliau semakin bersemangat. Mohd Karim yang berasal dari Pontian, Johor berkata, ketika operasi yang berlangsung selama sembilan bulan di hutan itu, dia ditugaskan menjadi skuad peninjau atau pengintip (recce squad) yang menjadi barisan paling hadapan dalam operasi berkenaan. "Ketika itu saya dalam recce squad, ada lapan orang dan saya paling hadapan sekali. Bila jadi barisan hadapan ini, risikonya memang tinggilah sebab mungkin kita yang akan terkorban dulu jika diserang. "Tetapi, saya tidak takut kerana ketika itu senjata ini umpama sahabat kita, sepanjang masa operasi, kita memang akan sentiasa pegang senjata," katanya yang mahir mengendalikan senapang SLR 7.62mm dan senapang automatik. Bercerita lanjut pengalamannya, Mohd Karim berkata, kenangan bersama pasukannya memasang strategi untuk menyerang kubu komunis pada bulan puasa antara memori yang tidak mungkin dilupakannya. "Kami hanya berbuka puasa dengan memakan mi segera dan meminum air paya, tetapi kami tidak rasa apa pun, sebab kita lebih bersemangat nak menyerang kubu mereka (komunis), mereka ini musuh negara. "Apabila tiba masa kami menyerang kubu mereka, ada dalam 60 hingga 70 komunis ketika itu dan kami berjaya menumpaskan mereka. Saya tidak boleh lupa bila teman seperjuangan sendiri terkorban, ada yang terkena perangkap samar dan kami sendiri perlu membungkus jenazah mereka dengan plastik dan mengusung mereka keluar dari hutan," ceritanya. Sepanjang bergelar tentera, Mohd Karim mengakui terpaksa berkorban meninggalkan isteri, Robaniah Kulop, 66, dan empat anak setiap kali keluar operasi antara dua bulan hingga sembilan bulan namun dia menyifatkan perjuangan demi negara sebenarnya ada barakahnya. "Perjuangan membela tanah air ini cukup besar maknanya buat saya, kemerdekaan yang kita nikmati ini tiada galang gantinya, ia cukup berharga kepada kita. "Lihatlah, betapa beruntungnya generasi sekarang dengan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi, semua ini tidak mungkin dinikmati tanpa pengorbanan pejuang terdahulu, saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya," katanya. Lantaran itu juga, Mohd Karim mahu anak muda kini mengimbas kembali perjuangan pejuang negara dalam mempertahankan kemerdekaan tanah air demi memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka. "Ada anak muda ini yang mempunyai semangat keperwiraan dan ambil tahu (kemerdekaan negara), tetapi ada juga yang tidak nampak apa yang berlaku dulu. Sejarah itu mereka tidak pernah nampak. "Nasihat saya kepada anak muda kena ingat dan hargai perjuangan orang dulu, yang mana mati kerana komunis, ada yang cedera hingga derita kini. Ingatlah apa yang kita kecapi kini tidak mungkin kita nikmati tanpa perjuangan mereka," katanya. Mohd Karim mula berkhidmat sebagai tentera pada 1970 di Taiping, Perak direkrut sebagai Renjer dan pernah ditugaskan di Sarawak, Melaka, Sabah dan Perlis. Selepas 21 tahun berkhidmat, dia bersara pada 27 Februari 1992 dan memegang jawatan terakhir sebagai sarjan, Mohd Karim pernah menerima Pingat Jasa Malaysia dan Pingat Setia Sentiasa Berjuang.

About