@beritafit: Tahukah anda, pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) bukan sekadar perancangan di atas kertas, tetapi ia adalah nadi yang sedang memacu pertumbuhan ekonomi negara kita sekarang. Berdasarkan data terbaru bagi tahun 2024, sektor pembuatan menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Nilai KDNK sektor ini menyumbang kenaikan sebanyak 4.7% kepada KDNK negara. Ini membuktikan industri kita semakin kukuh dan berdaya saing. Median gaji juga telah meningkat sebanyak 8.2% setakat S1 2024. Ini adalah langkah positif kea rah ekonomi berpendapatan tinggi. Jumlah pekerja dalam sektor pembuatan turut mencatatkan kenaikan 0.9%. Lebih banyak peluang pekerjaan tercipta untuk rakyat Malaysia. Melalui kerangka Ekonomi Madani, kerajaan komited untuk memastikan limpahan ekonomi ini dirasai terus oleh rakyat melalui gaji yang lebih baik dan peluang kerjaya yang lebih berkualiti dalam sektor teknologi tinggi. #NIMP2030 #EkonomiMadani #madanibekerja