@xpose011: 4 Mac , tahun 1942, kita mengenang sook ching—peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara terancang oleh tentera Jepun terhadap komuniti Cina di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura sewaktu pendudukan Jepun dalam Perang Dunia ke-2. Menjelang akhir Februari 1942, kampung-kampung yang didiami oleh komuniti Cina, di daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, dan Seremban telah menyaksikan pembantaian dan penyembelihan beramai-ramai, dengan maksud pembersihan etnik (ethnic cleansing). Di Negeri Sembilan sahaja, tidak kurang dari 6000 orang menjadi mangsa kekejaman Jepun. Demikian jua, di beberapa lokasi di Melaka dan Johor, dan kemudiannya, di Singapura. Sook ching adalah salah satu daripada episod trauma yang jarang diketahui oleh masyarakat Malaysia, yang dialami khususnya komuniti Cina di Singapura dan Malaysia. Perang tidak pernah mengenal mangsa. Kesengsaraan dan trauma perang bukan hanya dirasai oleh komuniti Cina tetapi juga komuniti India dan Melayu yang ramai dijadikan buruh paksa ketika dikerah untuk membina jalan kereta api maut di Burma.
XPOSE RADIKAL
Region: MY
Thursday 14 May 2026 01:48:13 GMT
Music
Download
Comments
bagatis :
Buku apa ini
2026-05-14 02:10:40
0
To see more videos from user @xpose011, please go to the Tikwm
homepage.