@hafizajoned88: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa pemberian kewarganegaraan Malaysia tertakluk kepada prosedur yang sangat ketat dan tidak diberikan sesuka hati. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan dakwaan sebaliknya sebagai fitnah jahat yang sengaja mencetuskan sentimen 3R. Proses ini wajib mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan melalui tapisan keselamatan rapi oleh PDRM bagi memastikan kedaulatan negara terpelihara. Setiap kelulusan dibuat secara berperingkat mengikut undang-undang, bukannya kuasa mutlak individu. Rakyat digesa agar tidak terpengaruh dengan manipulasi maklumat yang bertujuan mengelirukan demi kepentingan pihak tertentu. #KDN #Perlembagaan #madanibekerja