@rashahasmiee: Lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Moscow membuktikan hubungan Malaysia - Rusia kini semakin erat & bukan sekadar pertemuan biasa. Kunjungan ini memberi isyarat positif kepada pelancong dari Rusia untuk memilih Malaysia sebagai destinasi utama sekaligus membantu memulihkan ekonomi negara. Selain itu, kerjasama ini juga membuka peluang besar dalam sektor tenaga & minyak memandangkan Rusia merupakan antara pengeluar utama dunia. Melalui hubungan strategik ini, Malaysia boleh berkongsi kepakaran teknologi tinggi dalam bidang cari gali & menjamin bekalan tenaga negara yang lebih stabil. Secara ringkasnya, langkah diplomasi ini bukan sahaja mengukuhkan imej negara di mata dunia. Malah membawa keuntungan nyata kepada poket rakyat & ekonomi negara. #MadaniBekerja #YDPA #Ekonomi #Malaysia