@epul_daus9110: Kelantan terus berdepan isu asas yang membelenggu rakyat sejak sekian lama apabila masalah bekalan air masih gagal diselesaikan secara menyeluruh. Gangguan air harian, tekanan air rendah dan kualiti bekalan yang tidak memuaskan menjadi keluhan berterusan penduduk di banyak kawasan. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian rakyat, malah turut memberi imej negatif terhadap kemampuan negeri menyediakan kemudahan asas yang stabil dan berkualiti. Walaupun pelbagai janji dan pelan penyelesaian diumumkan sejak bertahun-tahun lalu, masalah air di Kelantan masih berulang tanpa noktah yang jelas. Kelemahan infrastruktur utiliti asas dilihat menjadi antara faktor utama yang menghalang kemasukan pelabur, khususnya dalam sektor industri berat yang memerlukan bekalan air dan utiliti yang konsisten. Keadaan ini menyebabkan potensi ekonomi negeri sukar berkembang secara maksimum berbanding negeri-negeri lain yang memiliki kemudahan lebih lengkap dan moden. Selain itu, kapasiti sistem rawatan air negeri juga dilihat masih tidak mencukupi apabila Kelantan hanya mempunyai sekitar 43 Loji Rawatan Air (LRA) untuk menampung keperluan rakyat dan pembangunan industri. Kekurangan loji serta isu penyelenggaraan menambahkan lagi tekanan terhadap sistem bekalan air sedia ada. Jika masalah asas ini terus gagal ditangani secara efektif, Kelantan berisiko terus ketinggalan dari segi pembangunan dan pelaburan pada masa hadapan. #kelantan #isuair #airkotor #malaysia
Walaupun PAS PN hanya sempat jd kerajaan sempat 33 bulan ditengah² kemelut covid, Alhamdulilah, Projek empangan Nenggiri berjaya direalisasikan. Kelantan satu2nya negeri yg masih belum ada empangan utama utk bekalan air bersih selain Penang (yg guna empangan Sg Mida, Kedah). Selangor sendiri ada 7 empangan utama yg mana jika paras empangan ini merosot, mereka akan hadapi krisis air yg teruk.
2026-05-15 02:33:07
0
wea :
In Sha Allah, jika PAS jd MOF, lg makmur dan maju kelantan. Dari wajib sumbang 95% hasil minyak ke Pusat tiap² tahun, tukar ke 80% je. 20% utk negeri la pula spt yg dicanang² oleh mantan pejuang reformasi dahulu, DSAI
2026-05-15 02:27:45
0
G & B shop :
YB pun ketinggalan, mereka masih dalam zaman 60an
2026-05-15 01:30:08
0
Pak Long269 :
😂😂😂
2026-05-15 00:59:01
0
Firash Kasfi :
😅
2026-05-21 01:22:13
0
To see more videos from user @epul_daus9110, please go to the Tikwm
homepage.