@egg.networkmy: The Origin of Ultraman - Dokumentari khas ulangtahun Ultraman keluar trailer utama! Franchise ikonik Ultraman kini bersedia meraikan ulang tahun ke-60 mereka dengan cara yang cukup istimewa apabila filem dokumentari bertajuk The Origin of Ultraman rasmi memperlihatkan trailer utama pertamanya. Dokumentari ini dijadualkan ditayangkan di pawagam Jepun pada 3 Julai 2026. Projek ini akan membawa penonton menyelami sejarah sebenar di sebalik kelahiran salah satu hero tokusatsu paling berpengaruh dalam budaya pop Jepun. Trailer terbaru memperlihatkan gabungan rakaman arkib lama, visual di sebalik tabir, proses pembikinan kostum, kesan khas klasik (practical effects), serta temubual bersama individu penting yang membantu membentuk legasi Ultraman sejak tahun 1966. Antara perkara paling menarik tentang dokumentari ini ialah penglibatan beberapa nama besar dunia kreatif global dan Jepun yang berkongsi pandangan mereka tentang pengaruh Ultraman terhadap industri hiburan seperti Hideo Kojima, Guillermo del Toro, Hideaki Anno, Shinji Higuchi dan ramai lagi. Source: Tsuburaya Production #eGGNetwork #everygoodgame #⁠⁠⁠anime #⁠animeNews #theoriginofultraman #ultraman60thanniversary #ultramandocumentary

eGG Network
eGG Network
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 15 May 2026 08:00:00 GMT
242
15
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @egg.networkmy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About