:
aku sebagai anak tunggal, kehidupan dari kecik sampai sekarang memang ini lah realitinya, membesar dalam keluarga yang sederhana, tiada tempat untuk bercerita, keadaan gelap terasa tenang, hanya aku dan diri aku sendiri, kemana sahaja sendiri, dalam kepala memang berat memikirkan future, tak semua orang akan faham anak tunggal dan hanya dikritik “hidup senang dan manja”, tapi tak semua anak tunggal merasa kemewahan, bukan tak bersyukur tetapi kami lebih faham dan hadam hidup bersendirian tanpa berharap pada orang, keadaan ibu bapa semakin tua sedangkan aku belum lagi membuat mereka bangga dengan pencapaian aku, ramai orang kata anak bongsu lebih kurang merasakan benda yang sama tapi kamu semua masih ada adik beradik, beraya dengan suasana yang meriah, kami faham ada family yang tak mesra antara adik beradik tetapi kamu masih ada peluang untuk memaafkan antara saru sama lain dalam keluarga kamu tetapi anak tunggal ni lah yang paling kuat menghadapi situasi yang sunyi, berdiam diri, kami manja di masa kecil sahaja tetapi diri kami berubah bila dah kenal dunia sebenar, kami risau jika mak ayah tiada, siapa lagi yang ada dengan kami, korang patut bersyukur ada adik beradik di rumah, walaupun ada yang dah kahwin, tetapi kehidupan kamu masih boleh berkongsi cerita bersama keluarga besar, kami sebagai anak tunggal bukan takmau cerita kehidupan seharian dekat mak ayah sendiri tapi kami taknak mereka risaukan tentang anaknya yang sedaya upaya berjuang, kami tak kesah kalau orang nak pergunakan kami atau jauh dari kami kerana kami faham perasaan orang lain jika ditinggalkan, kami faham keadaan orang lain jika terasa sunyi dirumah, kami faham jika setiap orang merasa makan seorang diri di luar dan balik lewat malam hanya kerana terasa berat bahu yang memikul, maaf ini bukan luahan simpati cuma hanya nak share realiti anak tunggal adalah salah satu contoh “terasa hidup diluar tapi rasa mati didalam, semoga semua yang membaca ini dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat.
2026-05-15 22:54:55