@wanita.umno.sr: 📢 PROGRAM BANTUAN KASIH JOHOR (BKJ) FASA 4 KATEGORI SURI RUMAH DUN MACHAP Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam membantu rakyat yang memerlukan, khususnya golongan suri rumah di DUN Machap melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor serta Kerajaan Negeri Johor atas usaha dan komitmen yang tidak pernah putus dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian. Inisiatif seperti ini amat bermakna dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya para suri rumah yang menjadi tulang belakang keluarga. Bantuan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Johor sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan terus komited menjaga kesejahteraan Bangsa Johor. Semoga segala usaha dan kepimpinan yang dibawa terus diberkati serta dipermudahkan demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat negeri Johor. #BantuanKasihJohor #DUNMachap #BangsaJohor #majujohor #fyppppppppppppppppppppppp