@imammuda_megat: 12 Tahun, Masih Tentang Kita ❤️ Suatu masa dahulu… Pada hari ini, kita sama-sama menanti saat paling bahagia dalam hidup kita. Selesai aku melafazkan ijab kabul di hadapan walimu, aku menerima satu amanah besar daripada Allah — untuk menjagamu sebaiknya. Masih aku ingat… saat pertama kali tanganmu ku sentuh, terasa begitu dingin… sejuk… Kita sama-sama malu dan kekok. Kerana itulah pertama kali tanganku menyentuh seorang wanita ajnabi. Dan aku yakin, engkau juga begitu. Itulah bukti bahawa kita menjaga hubungan ini kerana Allah sebelum bernikah. 🤍 Masih segar dalam ingatan… hampir setahun kita hidup sebagai “weekend husband & wife”. Setiap kali bertemu, terasa seperti pengantin baru. Dan hari ini… 12 tahun usia perkahwinan kita berlalu. Namun manisnya masih terasa. Bahkan Allah menambahkan kebahagiaan itu dengan 5 cahaya mata yang menjadi penyeri hidup kita. ✨ Terima kasih atas setiap pengorbanan, kesabaran, air mata dan doa sepanjang perjalanan ini. Tahun ini, ulangtahun kita disambut dengan cara yang berbeza. Abang berada di Tanah Haram, sibuk dengan ibadah haji dan melayani para jemaah. Sayang pula kuat di rumah, mengurus anak-anak dan amanah harian kita. Kita berjauhan… agak lama kali ini. Maka di bumi yang penuh berkat ini, abang memohon kepada Allah: “Ya Allah, peliharalah isteriku. Bahagiakanlah dia. Dia telah banyak berkorban untukku dan keluarga kami. Apa sahaja haknya di dunia yang tidak mampu aku sempurnakan, maka gantikanlah buatnya dengan kebahagiaan hakiki di syurga kelak.” Di tempat ini juga, aku memohon sebagaimana doa Nabi Ibrahim AS ketika meninggalkan isteri dan anaknya di bumi yang gersang — doa seorang hamba yang yakin bahawa bukan dirinya yang menjaga keluarga, tetapi Allah lah sebaik-baik Penjaga. 🤍 Dan aku memohon dengan doa-doa kebaikan yang pernah dipanjatkan oleh Rasulullah ﷺ buat isteri-isteri baginda… Semoga Allah limpahkan segala kebaikan itu kepada isteriku tercinta sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. Selamat ulangtahun perkahwinan, sayang. Terima kasih kerana tetap memilih abang… setiap hari, selama 12 tahun ini. ❤️
Imammuda Megat
Region: SA
Saturday 16 May 2026 21:51:09 GMT
Music
Download
Comments
Suri Hati Mr. Megat❤️ :
terima kasih kanda untuk 12 tahun tanpa mengeluh utk sama2 berjuang dan berkorban demi keluarga kecil kiter.. let's grow old together 🥰
2026-05-17 02:47:59
10
norisha :
Bagus ust..ingat dan abadikan anniversary..saya ni xda rezki..suami ingat pun cm xingat..respon cm xrespon..saya pun dh mangli malas nk beria nnt saya yg kecewa..hanya Allah ubati hati sedih kecewa saya
2026-06-13 07:39:32
0
May Ismail :
hingga ke jannah anak ku
2026-06-26 06:13:07
0
Jebattegar55 :
Moga berkekalan hingga ke Jannah..Aminnn🤲🏽
2026-07-23 05:54:49
0
nanibakar :
@nanibakar: Amboi kemain @Imammuda Megat yer.Tahniah & hpy aniversary buat ustaz & isteri.Semoga bahagia dunia akhirat.Saya & mak jemaah yg sapa ustaz kat Abraj al-tayseer 2 hari lepas😁(umrah Mahabbaten mei 2022)☺️
2026-05-18 12:32:25
0
Mariammustafa654 :
Semoga sentiasa dlm lindungan Allaah dan Rasulullaah...Aamiiin3 YRA
2026-05-22 01:27:24
0
Kimie - HajatShop :
moga kekal hingga jannah..
2026-05-17 09:43:42
0
myozzia :
Till Jannah in shaa Allah. Sweet couple
2026-05-17 00:12:59
0
lissa :
Aamin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻
2026-05-16 22:18:00
0
KHAIRIAH 🇲🇾🇵🇸 :
Aamiin.. 🤲
2026-05-17 05:57:20
0
aisyahfuzi :
Semoga berbahagia hingga ke jannah ustaz n isteri🤲
2026-06-15 10:54:47
0
່ :
🥰🥰🥰
2026-06-18 21:07:10
0
To see more videos from user @imammuda_megat, please go to the Tikwm
homepage.