@3c9x7: Orang tua yang hari ini memperlakukan anak atau orang lain sesuka hati, adalah kerana masa muda mereka itu mereka nikmati dengan hiburan yang hidup sekadar hidup. Mereka tak fikir pun kesan kebiasaan mereka masa muda ketika itu akan berakar umbi menjadi keperibadian kekal dalam hidup mereka dan beri kesan buruk terhadap generasi muda dalam keluarga mereka atau pada masyarakat jika mereka tua kelak. Kuat pokok kerana akar, jadi keperibadian kerana terbiasa. Tidaklah mengalir air yang jernih dari longkang yang keruh. Tidak bersih kain yang kotor jika dibiar sengaja tak dibasuh. Kalau bukan kita yang memperbaiki diri, lalu pada siapa anak hendak mengambil contoh? Memukul dan memaki mungkin solusi termudah untuk mendiamkan anak, tapi akan menjadi trauma senyap yang dia akan jadikan sebagai projek kepada orang lain diluar sana. Semua itu kerana masalah dari rumah. Sebenarnya membentuk keperibadian baik itu kena bermula dari kecil. Tapi konteksnya disini ucapan dan perbuatan yang dibiasakan selepas umur 20an dan tidak berusaha diperbaiki sebelum umur 30an, maka perkara tersebut akan jauh lebih sukar lagi untuk dibentuk semula. Atau lebih tepatnya, akan menjadi sikap kekal sampai mati. Kita akan dikenal sebagai orang berkeperibadian buruk, kerana tiadanya perubahan. Walau ada niat, tapi tiada USAHA yang BERSUNGGUH². Tetap tak akan berubah sama sekali, jadi kalau nanti anak menjadi musuh kerana kejahilan diri sendiri.. jangan hanya salahkan anak sahaja. Masa muda dihabiskan untuk apa?

⃟
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 17 May 2026 02:35:49 GMT
9644
788
0
109

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @3c9x7, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About