@alif.azizi69: INSTITUSI ISLAM NEGERI SEMBILAN TERUS DIMARTABATKAN Kerajaan MADANI terus komited memartabatkan syiar Islam di Negeri Sembilan melalui peruntukan RM42.3 juta yang memberi manfaat kebajikan kepada 7,091 guru KAFA, imam, guru takmir, dan petugas masjid. Langkah proaktif ini diperkukuh lagi dengan peruntukan RM5.4 juta bagi menyokong agenda penyelenggaraan pelbagai premis institusi pendidikan Islam penting seperti pondok, maahad tahfiz, sekolah agama, serta premis KAFA di seluruh negeri. Selain itu, aspek prasarana turut diberi tumpuan melalui dana RM800 ribu bagi membaik pulih infrastruktur tiga institusi tahfiz dan pondok. Projek khas ini diselaraskan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat. #InstitusiIslam #NegeriSembilan #MADANIBekerja

Comeback_Is_Real
Comeback_Is_Real
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 18 May 2026 09:04:14 GMT
177
32
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @alif.azizi69, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About