@egg.networkmy: Berita gembira untuk peminat Bocchi the Rock! apabila manga popular karya Aki Hamazi akhirnya disahkan akan menyambung semula serialization selepas berehat sejak awal tahun ini. Menurut pengumuman rasmi, manga tersebut akan kembali diterbitkan dalam majalah Manga Time Kirara Max keluaran Ogos 2026, yang dijadualkan berada di pasaran Jepun pada 18 Jun 2026. Sebelum ini, siri tersebut memasuki tempoh hiatus pada Januari selepas penciptanya, Aki Hamazi, mengambil rehat atas faktor kesihatan. Source: @mangatimekirara #eGGNetwork #everygoodgame #anime #animenews #Bocchitherock #bocchitherockmanga #manganews