@egg.networkmy: Peminat Bleach akhirnya disajikan dengan trailer baharu untuk bahagian terakhir bagi anime tersebut. Trailer terbaru untuk final part ini, Bleach:Thousand-Year Blood War: The Calamity kini rasmi diperlihatkan, memberikan preview penuh aksi bagi pertarungan penutup antara Soul Reapers dan Quincy menjelang tayangan pada Julai 2026. Bahagian terakhir ini akan menutup keseluruhan arc Bleach: Thousand-Year Blood War yang mula ditayangkan sejak 2022. Final cour ini juga menjadi klimaks kepada konflik seribu tahun antara Soul Reapers dan Quincy yang telah lama dibina dalam manga karya Tite Kubo. Bagi ramai peminat lama, final part ini terasa sangat emosional kerana anime BLEACH sendiri sudah menemani komuniti anime sejak tahun 2004. Kini, selepas lebih dua dekad, perjalanan Ichigo Kurosaki akhirnya hampir sampai ke penghujungnya. Source: Official Bleach Youtube Channel #eGGNetwork #everygoodgame #anime #animenews #bleach #bleachthecalamity ##bleachnewtrailer #bleachthousandyearbloodwar #titekubo