musa :
Sayu,pilu dan penuh dengan pelbagai kenangan: Manis dan Pahitnya.Manis kerana inilah penghubung kenderaan yang hendak ke Sebuyau dan Kuching dan kawasan sekitarnya.Telah bertahun lamanya berkhidmat sebagai perhubungan,namun ada pahitnya juga pernah terjunam ke dalam sungai,tapi bukan salah pihak ferry,pemandu kenderaan tidak berwaspada. Kini 21/05/2026 segalanya bersejarah dengan adanya Jambatan Batang Lupar 1 ,Jambatan terpanjang sekali di Malaysia merentasi sungai ( Sebuyau - Simunjan: 4.8km) merubah segalanya dek pembangunan perhubungan di Negeri Sarawak,Tahniah GPS.Kini segalanya bersejarah,masa laluan dipendekkan untuk warga Sarikei,Sibu,Miri Dan Bintulu turun ke Kuching.Tak terucap oleh kata,bagaikan bermimpi lautan yang dihubungkan oleh Jambatan.Sekali lagi Tahniah ABG Jo,Datuk Amar Douglas Uggah dan barisan kepimpinan GPS Sarawak menyahut cabaran Pusat yang mana suatu ketika dulu pernah ditolak pembinaannya oleh Pusat,Dulu Air Liur,Kini Meliur.
2026-05-22 03:10:48