@jason.yew: 1. Saya baca kenyataan 6 muka surat Bersatu. Panjang berjela sekadar untuk pertahan diri dan balas serangan "kawan" sendiri, iaitu PAS. 2. Dulu Langkah Sheraton dicanang demi 'penyatuan ummah'. Hari ini, bila mula berebut kerusi Menteri Besar Perlis dan jawatan EXCO, terbukti ia cuma penyatuan demi kuasa. 3. Mulut kata nak musyawarah, tapi masing-masing sibuk basuh baju kotor depan rakyat. Inilah nasib pakatan yang asalnya dibina atas pengkhianatan. 4. Bersatu syok sendiri mendabik dada konon jenama mereka kuat. Hakikatnya, kerusi nak tanding banyak, tapi jentera nak pacak bendera pun tiada. Dari dulu cuma tahu menumpang jentera parti lain. Sekarang menumpang PAS. 5. Isu di Negeri Sembilan paling kelakar. Pemimpin tertinggi parti boleh buat kronologi merajuk dalam kenyataan rasmi sebab mesej tak dibalas PAS. Ini gaya budak-budak sekolah berpolitik, bukan taraf negarawan. 6. Bersatu marah PAS tak hormat dan masuk campur hal disiplin EXCO mereka. Mereka lupa, parti mereka sendiri hidup dan membesar dengan budaya khianat, lompat parti, dan tebuk atap. 7. Kesimpulannya, Perikatan Nasional cuma tunggu masa. PAS mula berlagak 'abang long' yang ada kuasa veto, manakala Bersatu sekadar melukut di tepi gantang. 8. Nak urus kawan sebantal dan mesej pun gagal, ada hati mahu urus negara.
JASON Update
Region: MY
Sunday 24 May 2026 16:41:04 GMT
Music
Download
Comments
Tuah Mika 10A+ :
hmm Betul ke akaun Jason ni??
2026-05-26 07:54:20
0
AZIZRICH💚🇲🇾 :
🥰👍👍
2026-05-25 00:55:34
1
mentari senja :
👍👍👍
2026-05-24 17:13:17
2
Razali :
👍👍👍
2026-05-25 09:49:22
1
Jalil 2ndAcc :
👍👍👍
2026-05-25 14:27:04
1
To see more videos from user @jason.yew, please go to the Tikwm
homepage.