@alif.azizi69: ASEAN PERCEPAT GRID TENAGA SERANTAU, MALAYSIA JADI PEMACU UTAMA Melalui usaha Grid Tenaga ASEAN (APG) dan rangkaian paip gas serantau, negara kita kini sedang memimpin langkah ke arah masa depan tenaga yang lebih stabil dan hijau. Pelaburan mega RM40 bilion ini diperuntukkan khas untuk membangunkan grid pintar berasaskan AI. Teknologi ini memastikan pengagihan lebih cekap, pantas dan kurang gangguan. Merupakan hab tenaga hijau rantau yang menjadi rangkaian mudah perkongsian tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro antara negara jiran sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Bila grid saling berhubung, risiko krisis bekalan elektrik di sesebuah negara dapat dikurangkan kerana tenaga boleh disalurkan secara menyilang dengan mudah. Langkah agresif ini membuktikan Malaysia bukan sahaja komited terhadap peralihan tenaga domestik, malah bersedia menjadi ‘tulang belakang’ kepada keterjaminan tenaga seluruh ASEAN. #MalaysiaMadani #MadaniBekerja #ASEANPowerGrid #ASEAN