@gengkeselamatannegara: Penilaian semula akan dilakukan bagi mengenal pasti pilihan terbaik sama ada meneruskan sistem sedia ada melalui pembekal baru atau mempertimbangkan alternatif lain yang memenuhi spesifikasi operasi TLDM. Ia perlu diteliti secara menyeluruh kerana sistem persenjataan kapal perang melibatkan aspek teknikal, integrasi sistem tempur, kos penyelenggaraan serta keserasian dengan aset sedia ada.