@iiiskandar_6: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila meningkat daripada 5.1% pada 2024 kepada 5.2% pada 2025, sebelum merekodkan 5.4% bagi suku pertama 2026. Pencapaian ini melepasi unjuran rasmi 4.0% hingga 4.8%, menunjukkan ekonomi negara kekal kukuh dengan sokongan pelaburan dan perdagangan yang stabil. Dalam masa sama, jumlah pelaburan diluluskan meningkat ketara manakala lebihan dagangan negara mencecah RM3 trilion selama 71 bulan berturut-turut. Prestasi ini memberi gambaran bahawa keyakinan pelabur terhadap Malaysia semakin tinggi serta berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara di peringkat global. #KDNK #EkonomiMalaysia #MalaysiaMADANI #fyp