@jason.yew: 1. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, kini memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan jentera parti di peringkat akar umbi serta memperkemas sistem pengurusan pilihan raya (TERAS). 2. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail, menegaskan bahawa Nurul Izzah sama sekali tidak digugurkan daripada sebarang peranan dalam parti. 3. Nurul Izzah yang digantikan oleh Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama memilih pendekatan baharu dengan turun terus ke lapangan. 4. Tujuan utama langkah ini diambil adalah untuk membangunkan dan memastikan elemen utama organisasi parti diperkasakan secara menyeluruh bermula dari peringkat bawah. 5. Tiada istilah rehat bagi Nurul Izzah memandangkan beliau komited berada di lapangan untuk memperkuatkan parti dan memastikan hala tuju KEADILAN kekal utuh. #partikeadilanrakyat #nurulizzahanwar #keadilanuntuksemua