@anaosman41: Kewujudan parti-parti baharu seperti PEJUANG, MUDA dan kini BERSAMA mula cetus persoalan dalam kalangan rakyat, adakah parti ini benar-benar bawa idea baharu untuk negara, atau sekadar lahir daripada kekecewaan terhadap parti lama dan konflik dalaman politik? Dalam politik Malaysia, penubuhan parti baharu bukan perkara pelik, tetapi rakyat tetap akan nilai satu benda, apa perjuangan sebenar mereka? Nama besar sahaja tak cukup kalau hala tuju parti masih kabur. Dengar-dengarnya BERSAMA ni ada dapat suntikan dana yang besar dari orang penting Malaysia untuk tubuhkan parti baru. Skrip yang sama juga macam mana tertubuhnya parti MUDA dan PEJUANG tapi lihat sendiri kemana parti itu sekarang adakah masih relevan atau dah terkubur. Apa yang kita boleh nampak, bila wujud banyak parti-parti macam ni secara tak langsung akan memecah belahkan orang Melayu kita. #BERSAMA #MUDA #PEJUANG #politik