@rashahasmiee: Isu “hutang negara semakin besar” sering dimainkan untuk menakutkan rakyat seolah-olah Malaysia berada di ambang krisis. Hakikatnya, ekonomi negara terus berkembang dengan pertumbuhan KDNK sekitar 4.5% hingga 5.5% pada tahun 2024, malah pelaburan asing melonjak mencecah RM329.5 bilion. Nilai ringgit juga semakin stabil dan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, sementara kadar inflasi kekal terkawal di bawah 2%. Kalau ekonomi benar-benar tenat seperti didakwa, mustahil pelabur asing masih yakin untuk membawa masuk berbilion ringgit ke negara ini. Dalam masa sama, peluang pekerjaan terus diperkasa, kadar pengangguran semakin menurun dan bantuan rakyat seperti SARA, STR serta subsidi diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat. Hutang negara bukan isu luar biasa selagi ia mampu diurus dengan baik dan digunakan untuk pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Yang lebih bahaya sebenarnya ialah budaya fitnah dan propaganda politik yang menakut-nakutkan rakyat tanpa fakta. Kritiklah kerajaan dengan ilmu dan data, bukan dengan cerita sensasi yang hanya merosakkan keyakinan terhadap negara sendiri. #malaysiamadani #madanibekerja #hutangnegara #kdnk #malaysia

Rasha Hasmie
Rasha Hasmie
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 29 May 2026 08:13:22 GMT
594
3
1
0

Music

Download

Comments

muhammadshafiq3347
Mr. T :
duluu 680 billion nk bankrap.. skrang nak dkt 2 trillion ekonomi growth. 😂😂😂
2026-05-29 09:09:33
0
To see more videos from user @rashahasmiee, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About