@themalaysiapress: SELAMAT HARI WARTAWAN NASIONAL 2026 Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, wartawan memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat, pencari kebenaran dan penghubung antara rakyat dengan realiti semasa. Di sebalik setiap berita yang dilaporkan, ada usaha, pengorbanan dan tanggungjawab besar yang dipikul demi memastikan masyarakat terus mendapat informasi yang tepat dan dipercayai. Selamat Hari Wartawan Nasional buat seluruh pengamal media di negara ini. Terima kasih atas dedikasi, keberanian dan komitmen anda dalam menyampaikan berita dengan penuh integriti. #HariWartawanNasional #HAWANA