@angnasir1: Sebagai medic di offshore ni ada tugas2 administration yg kadang2 kita perlu lakukan. Salah satunya mengurusakan sistem t-card.sistem t-card digunakan sebagai alat utk mengira berapakah jumlah pekerja yg berada di atas pelantar atau di sesebuah kapal. Sistem ini digunakan dimana apabila sesuatu kecemasan berlaku atau alarm trigger,semua personal hendaklah berkumpul di tempat perhimpunan dimana disitu diletakkan t-card masing2.apabila sudah sampai pada tempat berkumpul personal hendaklah menebalikkan t-card masing2 sebagai tanda telah selamat sampai ke tempat berkumpul. jadi bagi t-card yg tidak ditebalikkan bermakna empunya diri tidak berjaya sampai di tempat berkumpul dan pihak pasukan penyelamat beranggapan bahaya suatu kecemasan atau sesuatu telah berlaku kepada individu tersebut dan operasi mencari dan menyelamat akan segera di lakukan. T-card adalah sgt penting bagi operasi kerja di pelantar minyak atau di dalam industri oil and gas. Jadi tugas offshore medic (penolong pegawai perubatan/jururawat) bukan hanya tertumpu pada rawatan kecemasan di dalam sickbay sahaja. Ada banyak tugas2 lain yg berada dibawah tanggungjawab offshore medic.Semoga bermanfaat. #penolongpegawaiperubatan #offshoremedic #radiooperator #offshore #pelautpunyacerita