@hairimaarofzul: Tengok jata negeri Johor. Dua harimau. Nampak sama je kan? Tengok lagi dekat. Satu kakinya pendek sebelah. Satu lagi — hanya ada tiga kuku. Dengkes membawa maksud pendek pada salah satu kaki. Tepok pula bermaksud lumpuh atau tempang. Mengikut lagenda, mereka jadi begitu kerana berbuat salah kepada Sultan Mahmud II — Sultan Johor ke-10 — yang menghukum mereka dengan memukul kaki kiri hingga tempang. (Demi Malaiu) Tapi walaupun dihukum — mereka diperintahkan jaga negeri Johor hingga akhir zaman. Kononnya semasa Sultan Muzaffar Shah II membuka Kota Seluyut di Kota Tinggi, baginda melihat seekor ibu harimau sedang melahirkan dua ekor anak — dan itulah Dengkes dan Tepok yang dibela selepas kematian ibunya. Cacat tapi setia. Dihukum tapi tetap jaga. 🐯🇲🇾 #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #jdt