@sinarharianonline: Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) wajar bergerak secara berasingan pada pilihan raya akan datang selepas mendakwa hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu semakin sukar dipertahankan. Menurutnya, kenyataan seorang pemimpin Bersatu di Melaka yang menyifatkan pihak yang mendakwa partinya tiada jentera sebagai ‘pekak’ menggambarkan bahawa sudah tiada harapan untuk mewujudkan kerjasama yang harmoni antara kedua-dua pihak. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #sinarharian #beritaterkini #Politik #PAS #Bersatu #PN #Politik