@melakupdate2: "Buruk-buruk Rafizi pun sudah ada rumah, ada orang tu empat bulan masih merempat" – Azmin KLEBANG – Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir seorang individu yang didakwanya sebagai pengkhianat parti yang sehingga kini masih belum menyertai mana-mana parti politik selepas meninggalkan BERSATU. Menurut beliau, keadaan itu berbeza dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang telah menubuhkan parti baharu dikenali sebagai BERSAMA selepas keluar daripada PKR. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rapat Rakyat dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya BERSATU Melaka yang berlangsung di Dataran Baitul Toriq, Klebang, malam tadi. #melakaupdate #medialokalrakyatmelaka