@kuasamelayubangkit: Dulu bila MUDA muncul, ramai kaitkan dengan pengaruh dan sokongan Tun M. Sekarang muncul pula BERSAMA, tapi mereka ini dapat dana dari siapa pula? Modal dari mana? Jangan sibuk sembang pasal reformasi, ketelusan dan politik Baharu tapi bila bab duit terus jadi topik paling susah nak jawab. Nak tubuh parti bukan murah, nak gerakkan jentera pun perlukan berjuta. Jadi siapa sebenarnya di belakang mereka? Rakyat ada hak untuk curiga bila parti baharu muncul dengan gerak kerja laju tapi sumber kewangan masih jadi tanda tanya. Takkan semua bergerak atas semangat semata-mata? Atau ada tangan besar yang sedang susun percaturan politik dari belakang? Kalau betul bawa politik bersih dan telus, dedahkan sahaja siapa penyumbang dan dari mana datangnya dana sebab rakyat perlu tahu untuk mereka membuat Keputusan. #BERSAMA #Politik #MUDA