@mohe.official: KPT DI PBAKL2026: MAPIM UBAH WAJAH PENERBITAN ILMIAH, DEKATKAN ILMU UNIVERSITI DENGAN MASYARAKAT 1 Jun 2026 | Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu hasil penyelidikan dan khazanah ilmu Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) diterjemahkan secara kreatif bagi memacu literasi nasional serta pembangunan modal insan yang holistik. Justeru, kementerian memuji komitmen Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang berjaya melakukan evolusi penulisan naskhah universiti dengan menyuntik elemen popular dan santai bagi memecah stigma lama yang melihat naskhah akademik sebagai sesuatu yang kaku dan sukar dihadam oleh masyarakat umum. KPT menekankan bahawa akses kepada ilmu berkualiti tinggi adalah hak setiap warganegara, dan usaha MAPIM mempopularkan penulisan ilmiah merupakan langkah tepat ke arah pendemokrasian ilmu dalam membentuk masyarakat berasaskan pengetahuan. Melalui pendekatan baharu ini, universiti tidak lagi dilihat sebagai menara gading yang terasing, sebaliknya berfungsi sebagai nadi penggerak komuniti yang membekalkan bahan rujukan sahih dan mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat. Mengulas cabaran mengubah persepsi awam terhadap buku akademik, Pengerusi MAPIM, Prof. Madya Dr. Siti Rahmah Awang menjelaskan bahawa penerbit universiti kini lebih peka terhadap perubahan psikologi pembaca masa kini yang cenderung kepada bahan bacaan berbentuk visual dan ringkas. Strategi menukar format teks tradisional kepada bentuk ilmiah popular, visual grafik, dan komik pintar adalah pendekatan kontemporari yang direka khusus untuk menyuburkan semula budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Beliau berkata, universiti mempunyai tanggungjawab sosial memastikan setiap dana penyelidikan yang disalurkan kerajaan akhirnya memberi manfaat kepada rakyat melalui penyebaran ilmu yang mudah difahami. Para penulis universiti di bawah MAPIM kini dilatih mengurangkan kebergantungan kepada bahasa jargon dan istilah teknikal yang spesifik, sebaliknya menggunakan pendekatan bahasa harian yang lebih inklusif dan mudah didekati oleh pembaca awam. "Kami mahu mengurangkan penggunaan istilah teknikal yang terlalu berat dan menggantikannya dengan bahasa yang lebih santai serta ilustrasi grafik yang menarik. Langkah ini penting untuk menjadikan buku ilmiah terbitan universiti di bawah MAPIM sebagai medium yang menyeronokkan untuk menimba ilmu, sekaligus menarik masyarakat luar menjadikan karya akademik sebagai bahan bacaan pilihan utama mereka," katanya. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi KPT yang memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan profil MAPIM di peringkat kebangsaan. Pengiktirafan ini penting bagi memastikan setiap dasar dan program penerbitan ilmiah negara mendapat pembiayaan yang sewajarnya, sekali gus membolehkan MAPIM memperluaskan rangkaian kerjasama strategik dengan pelbagai agensi industri perbukuan awam dan antarabangsa. Kesedaran ini membuka ruang kolaborasi antara penerbit universiti awam dan swasta dalam menghasilkan karya merangkumi pelbagai bidang kritikal seperti pendidikan TVET, Sains Digital, Kecerdasan Buatan (AI), serta warisan budaya negara. Penggunaan format penyampaian yang lebih segar ini terbukti meningkatkan jualan naskhah universiti secara drastik, sekaligus menolak tanggapan bahawa buku ilmiah popular tidak mempunyai pasaran komersial yang luas di Malaysia. Kepelbagaian genre ini bukan sahaja memperkayakan khazanah perpustakaan negara dengan bahan rujukan yang berkualiti dan sahih, malah membantu menangani isu maklumat palsu yang sering tular di media sosial. Dengan menyediakan alternatif buku ilmiah dalam format popular dan santai, MAPIM memberikan jaminan kepada pembaca bahawa mereka mengambil ilmu daripada sumber yang tepat, telah disaring, dan diiktiraf oleh pakar akademik tanah air. Baca lanjut di : https://www.facebook.com/share/p/1A23J5a66S/ @ZambryAbdKadir @Adam Adli #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Kementerian Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 01 June 2026 11:08:53 GMT
10938
549
18
15

Music

Download

Comments

ohweenaaa91
ً :
Terbaik! Buku ilmiah kini lebih mudah difahami dan menarik 👍🏻
2026-06-04 11:05:21
0
ainaimfoodies
Ainaim :
Macam kena pegi je ni
2026-06-02 23:11:01
0
tiqqmrcn
Tiqq :
bestnyaaa
2026-06-02 16:24:49
0
happytan27
Happy Tan :
nak pergi lah
2026-06-03 17:23:22
0
syafaatnasir
Syafaat Nasir :
Wahhh tahniah kepada semua yang menjayakan!
2026-06-07 12:53:28
0
nocturnalpapa
Leo :
Membaca jambatan ilmu 👍🏻
2026-06-08 08:14:57
0
jhey_ibn92
Heyyheyyheyy :
Wahh.. menarik ni, pelbagai buku ada
2026-06-07 16:45:10
0
lailahsna
laila :
Alhamdulillah dah borong buku untuk anak anak
2026-06-04 11:45:01
0
isskandarariffin
Isskandar Ariffin :
makin ramai akan tertarik dengan pesta buku kalau macam ni
2026-06-02 18:40:18
0
niedaothmann
Nieda :
Bestnya. Boleh pergi.
2026-06-04 08:01:59
0
syahidah_darmawi
Syahidah Darmawi :
Dah lama x pergi pesta buku
2026-06-03 02:15:08
0
shafiqahsaifudin
Bbie :
Pesta buku tak nak buat kat penang ke?
2026-06-03 02:07:36
0
aleaavendaa
Madam Huru Hara :
Wahhh terbaikkk
2026-06-07 06:36:36
0
ct.mahfuzah
Pujahhh :
Bestnya
2026-06-02 22:29:16
0
rxjvrsingh
Rajveer Singh :
Membaca jambatan ilmu
2026-06-03 06:15:36
0
muhd.fat
m.F :
1
2026-06-01 11:46:03
0
n0rfaezahh
n0rfaezahh :
Anak muda masa kini kena rajinkan membaca
2026-06-03 06:51:11
0
aliasuhada_
Alia :
macam best je
2026-06-05 15:38:02
0
To see more videos from user @mohe.official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About