@iqbal.adnan: Ramai freshgrad Engineering mengeluh bila kena reject: "Syarikat nak yang ada pengalaman 2-3 tahun, saya baru habis belajar..." "Saya cuma ada internship 3-6 bulan je..." Sini saya nak bagi realiti pukulan sulung: Masalah sebenar bukan sbb anda tiada pengalaman. Tapi sebab anda TAK TAHU cara nak 'menjual' apa yang anda ada. Hiring Manager tak cari siapa yang paling banyak simpan sijil buat pekasam. Mereka cari Problem Solver—siapa yang boleh masuk kilang, dan terus bagi nilai (ROI) pada syarikat. Kalau resume anda pun kosong dan hambar macam kertas A4 putih, jangan tanya kenapa application anda masuk dalam bakul sampah digital HR.