@hafizajoned88: Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI Agri-Komoditi) merupakan keprihatinan kerajaan dalam membela nasib para pekebun kecil & pengusaha komoditi di seluruh negara. Melalui pendekatan secara bersasar ini, kerajaan memastikan kelangsungan sektor rantaian makanan serta komoditi negara terus terpelihara di peringkat akar umbi. Ini bermakna, kebajikan pengusaha sektor agri-komoniti sentiasa menjadi keutamaan dalam agenda pembangunan negara. Usaha ini adalah bukti nyata sebuah kepimpinan yang mendengar, memahami & bertindak demi kelangsungan hidup rakyat serta kestabilan ekonomi domestik. Diharapkan, inisiatif ini menjadi pemangkin kepada sektor pertanian yang lebih kukuh & komuniti tani yang lebih sejahtera. #MadaniBekerja #BudiMadani #malaysia