@rashahasmiee: Satu imbasan data menunjukkan evolusi harga bahan api negara merentasi tiga era pentadbiran berbeza ketika berdepan lonjakan harga minyak mentah dunia. Pada zaman Najib, minyak mentah Brent berada pada tahap tertinggi antara tiga era ini iaitu US$115. Harga RON95 mengekalkan kadar rata untuk peribadi dan komersial iaitu RM1.90 seliter, manakala diesel pada RM1.80 seliter. Minyak mentah Brent melonjak ke US$128 pada zaman PN-BN. Harga RON95 diselaraskan kepada RM2.05 seliter manakala diesel naik kepada RM2.15 seliter bagi kedua-dua sektor peribadi dan komersial. Pada zaman Madani meskipun minyak mentah Brent berada pada paras paling rendah berbanding dua zaman sebelumnya iaitu US$102, struktur harga menunjukkan jurang perbezaan yang besar disebabkan pelaksanaan subsidi bersasar. Harga RON95 bagi kegunaan peribadi kekal rendah pada RM1.99 seliter walaupun ada peningkatan ketara pada harga untuk kegunaan komersial iaitu RM3.85 seliter. Begitu juga dengan kenaikan harga pada diesel yang meningkat kepada RM5.52 seliter. Tetapi setiap kenaikan harga ini, kerajaan menampungnya dengan menyediakan bantuan subsidi dalam bentuk tunai dan rebat iaitu RM300 bagi diesel dan kuota 200 liter untuk RON95 yang bersamaan dengan RM1.99 seliter. #RON95 #Diesel #MadaniBekerja

Rasha Hasmie
Rasha Hasmie
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 02 June 2026 03:59:45 GMT
462
7
1
0

Music

Download

Comments

penangalert
PenangAlert :
👍👍terbaik kerajaan
2026-06-03 07:44:07
0
To see more videos from user @rashahasmiee, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About