@history00117: Battle of the Atlantic (1939–1945) merupakan pertempuran laut paling lama dan terbesar dalam Perang Dunia Kedua. Pihak Berikat yang diketuai oleh Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Norway dan Poland berusaha melindungi konvoi bekalan merentasi Lautan Atlantik. Di pihak Paksi pula, Jerman dengan armada kapal selam U-boat serta Itali cuba memutuskan laluan bekalan tersebut. Pertempuran ini menjadi penentu nasib Britain. Jika bekalan makanan, minyak dan senjata berjaya diputuskan, Britain mungkin terpaksa menyerah kalah. Namun selepas bertahun-tahun pertempuran sengit di lautan, pihak Berikat akhirnya berjaya menguasai Atlantik dan memastikan aliran bekalan terus berjalan. ⚓ Battle of the Atlantic: 1939–1945 🏆 Pemenang: Pihak Berikat #battleofaclantic #ww2 #History #fakta #fypシ