@egg.networkmy: Control: Resonant kini disahkan akan dilancarkan pada 17 September 2026, membawa pemain kembali ke dunia penuh fenomena paranormal yang pernah menjadikan Control antara game paling unik dalam industri. Control: Resonant akan membawa players menyiasat gangguan realiti yang semakin tidak terkawal. Seperti siri sebelumnya, sempadan antara dunia nyata dan alam misteri terus menjadi semakin kabur, memaksa pemain berdepan ancaman yang sukar dijelaskan dengan logik biasa. Trailer terbaru turut mempamerkan persekitaran yang lebih menyeramkan, kuasa supernatural yang lebih agresif, serta pelbagai makhluk aneh yang seolah-olah keluar terus daripada mimpi ngeri. Source: Playstation state of play #eGGNetwork #everygoodgame #game #gamenews #gaming #control #controlresonant #stateofplay