@apakesdina: Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, mendedahkan wujud gerakan sulit yang diketuai Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menyingkirkan Presiden Bersatu itu. Hamzah didakwa cuba mempengaruhi sekitar 120 ketua bahagian parti untuk mengumpul tandatangan bagi mendesak Muhyiddin berundur. Bagi menjayakan pelan tersebut, beliau menggunakan dakwaan kononnya mendapat sokongan luar secara tidak sah daripada pihak tertentu. Gerakan tersebut menggunakan naratif bahawa tindakan menjatuhkan Muhyiddin mendapat restu Presiden PAS dan menjadi syarat utama UMNO untuk bekerjasama. Malah, Hamzah turut mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Istana Negara demi meraih kepercayaan akar umbi. Bagaimanapun, Marzuki menegaskan dakwaan tersebut adalah karut dan sekadar modal politik Hamzah untuk memecah-belahkan Bersatu demi merebut jawatan tertinggi parti. #Marzuki #HamzahZainuddin #MuhyiddinYassin #BERSATU

Farah Dina
Farah Dina
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 03 June 2026 04:54:38 GMT
744
19
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @apakesdina, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About