@suara.kebangsaan: “Justeru, beta berharap agar Mamanda Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri yang ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang akan merencatkan segala perancangan yang telah dirangka,” titah baginda. Titah tersebut dibacakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena perasmian Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis ke-15 di Kompleks Seri Putra, pada Rabu. Dalam titah yang sama, baginda menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mengenepikan perbezaan politik dan kepentingan peribadi serta memberi kerjasama penuh kepada Menteri Besar bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri dapat berjalan dengan berkesan. Berita penuh di bio. #suarakebangsaan #portalnasionalisinklusif