@thamsale98: #TikTokShop66 #SaleVuiSinhNhat #SuperBrandFestival #TiecDealCuongNhiet #xuhuong

Thắm Săn Seo 🌸
Thắm Săn Seo 🌸
Open In TikTok:
Region: VN
Wednesday 03 June 2026 09:01:11 GMT
602
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @thamsale98, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


"ZIKIR" ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH BISMILLAHIRAHMANIRAHIM FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA, "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang" (Al-Ahzaab 33:41-42) "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd 13:28) "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka" (Al-Hasy-r 59:19) "ZIKIR" Zikir adalah satu istilah yang suci dari Ilahi. Secara khususnya pula, zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT seperti membaca al-Qur’an, menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi dengan cara melafazkannya atau di dalam hati sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an, atau pun lafaz-lafaz yang disyariatkan menerusi Rasulullah SAW yang memberi erti pujian, penyucian, pengudusan dan pengesaan terhadap Allah SWT. Zikir bermaksud mengingati Allah SWT melalui lafaz (lidah) dan ingatan (hati) bagi mendekatkan diri kepada-Nya. Ia adalah ibadah yang sangat digalakkan dan tidak terikat dengan waktu, berfungsi membersihkan jiwa, meredakan tekanan, dan membawa ketenangan seperti FIRMAN-NYA yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! berzikirlah kamu kepada Allah dengan zikir yang banyak" (Surah Al-Ahzab : 41) Daripada Abu Musa R.A, bahawa Nabi SAW Bersabda : "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati" (Riwayat al-Bukhari (6407) *Jangan kamu jadikan lidahmu kosong daripada zikrullah. Kerana ianya tidak menghalang sekalipun kamu sedang melakukan sesuatu pekerjaan, tetapi lidahmu sentiasa zikrullah. Jika sekiranya kamu tidak mampu melakukan dengan lidahmu, maka zikirlah dengan hatimu, iaitu merasakan  (muraqabatullah) Muraqabatullah bermaksud kesedaran dan keyakinan seseorang bahawa dirinya sentiasa dilihat dan diawasi oleh Allah SWT dalam setiap perbuatan, percakapan, dan lintasan hati. Ia merupakan satu tahap tertinggi dalam konsep Ihsan—beribadah kepada Allah seolah-olah melihat-Nya, dan jika tidak mampu, yakin bahawa Dia sentiasa melihat kita. WALLAHUALAM BISSAWAB @Anna "Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam, dan keberkatan ke atas Sayyidina Muhammad pembuka hal-hal yang terkunci, penutup perkara-porkara yang şudah berlalu, ponolong kebenaran dengan kobenaran, dan penunjuk jalan kepada jalan-Mu yang lurus. Semoga Allah sentiasa melimpahkan selawat kepadanyə, juga kepada keluarga dan para sahabatnya, sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi." "Ya Allah, aku memohon kepadaMu curahan rahmat dari sisiMu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku daripada segala sesuatu yang jelek" In shaa Allah Aamiin Ya Rabbal Alamiin Kabulkanlah Doa Kami Wahai Tuhan Semesta Alam #assalamualaikum #islamic_video #foryoupage #creatorsearchinsights #CapCut

About